Monday, December 24, 2012

Sindiket penipuan internet Macau Scam ditumpaskan


Petaling Jaya,   Polis Diraja Malaysia (PDRM) Berjaya menumpaskan kegiatan sindiket Macau Scam (sindiket penipuan antarabangsa menggunakan internet) dengan tertangkapnya 51 orang dalam serbuan di dua buah banglo, seksyen 12 dan Setia Bistari, Bukit Damansara.  45 orang lelaki, enam wanita, 46 warganegara Taiwan, empat warganegara China dan seorang rakyat tempatan.

Penolong Pengarah Jenayah Siber dan Multimedia Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman ACP Kamaruddin Md Din menyatakan, kesemua mereka berusia antara 20 hingga 40 tahun.  Macau Scam dipercayai diketuai oleh seorang warga Taiwan dan telah Berjaya menipu ramai warga China dan Taiwan dengan memperdaya mangsa supaya memasukkan wang ke dalam akaun pihak ketiga.

Sindiket ini beroperasi disini untuk mengelak dikesan pihak berkuasa Negara mereka.  Modus operandi sindiket itu menggunakan perkhidmatan “Voice Over Internet Protokol” (Voip) untuk
 menelefon mangsa dan ia menyukarkan pihak polis mengesan kegiatan mereka.
Mereka menyamar menjadi wakil pihak bank, polis atau peguam memberitahu mangsa kononnya akaun bank atau kad kredit mangsa telah diceroboh oleh pihak ketiga dan wang di
dalam akaun akan dicuri oleh penipu sekiranya mangsa tidak memindahkan wang mereka ke akaun sindiket itu.
Kesemua mereka disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu dan polis turut merampas 13 komputer riba, 22 walkie-talkie, modem, penyambung panggilan, lima skrip untuk menipu dan lima telefon.  Ketua sindikit terbabit masih diburu dan nilai kerugian masih dalam siasatan.

Sumber:  Bernama

No comments:

Post a Comment