Sunday, December 16, 2012

BR1M 2.0 masih dibuka


Jangan lambat-lambat...nanti melepas


Kerajaan telah mengumumkan Bantuan Rakyat 1Malaysia Kedua (BR1M 2.0) iaitu RM250 hingga RM500 dalam Pembentangan Badget 2013 yang lalu.

Cara memohon BR1M 2.0:

Penerima sebelum ini tidak lagi perlu mendaftar untuk kali kedua, manakala pemohon baru, pendaftaran telah pun di buka mulai  1November 2012 secara online ...klik disini atau datang sendiri ke kaunter di Pejabat Pembangunan Negeri, Pejabat Daerah dan Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri di seluruh negara.

SYARAT KELAYAKAN MEMOHON BANTUAN RAKYAT 1MALAYSIA (BR1M 2.0)

RM500 akan diberikan kepada isi rumah berpendapatan kurang RM3,000 akan diberikan bermula awal tahun 2013.
Rakyat bujang yang berusia 21 tahun ke atas dan berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan diberikan bantuan sebanyak RM250.

Syarat-syarat layak:
a.  Warga negara Malaysia.
b.  Berkeluarga (Ketua Keluarga) dengan keseluruhan isi rumah berpendapatan bulananRM3000 kebawah.

Takrif ketua keluarga merangkumi:
a.  Individu yang telah berkahwin.
b.  Ibu/bapa  tunggal yang mempunyai tanggungan keatas keseluruhan keluarga.
c.  Bujang yang mempunyai tanggungan.
d.  Warga emas (berumur 60 tahun dan keatas) yang hidup sebatang kara.

Untuk penerima BR1M 2.0 skim individu bujang:
Syarat-syarat layak:

a.  Warga negara Malaysia.
b.  Bujang dan berumur 21 tahun keatas dengan pendapatan bulanan tidak melebihi RM2000 
c.  Tidak mempunyai tanggungan keluarga.
d.  Bukan penuntut IPTA/IPTS.
e.  Bekas penuntut IPT dan masih menggaggur.
* Tarikh tutup:  31 Disember 2012
Pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) yang berumur 21 tahun ke atas tidak termasuk dalam kategori penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0.




No comments:

Post a Comment