Tuesday, December 11, 2012

Penderitaan pelakon veteran Datuk Yahya Sulung

Gambar kecil:  Datuk Yahya Sulung dan isteri Datin Alisah Ali

Baru sahaja keluar dari wad kerana sakit asma, masalah baru pula timbul.  Bakal diusir oleh DBKL dari rumah kediamannya di Flat Bandar Baru Sentul, Kuala Lumpur setelah notis diterima kerana gagal melunaskan sewa bulanan RM100 selama 8 bulan berjumlah RM800.

Sumber pendapatan bulanan hanyalah RM400 dari sumbangan Baitul Mal dan pencen RM400 dari bekas isteri terdahulu.  Sebahagian besar wang ini telah digunakan untuk kos rawatan perubatan bagi kedua-dua mereka yang sememangnya telah uzur dari masa kesemasa.  Dalam menghadapi  kesukaran ini, mereka berdua dibantu seadanya oleh anak saudara yang tinggal di Setapak.

Presiden SENIMAN Zet Zaidi berjanji akan menyumbangkan bantuan untuk menyelesaikan masalah ini.



No comments:

Post a Comment