Thursday, December 27, 2012

Maklumat terkini -Pos Malaysia melaksanakan waktu operasi yang baru

Pos Malaysia Berhad akan melaksanakan waktu operasi yang baru di Semenanjung Malaysia mulai 1 Januari 2013.  Serahan Mel dan Pungutan peti pos akan dilaksanakan pada hari Isnin hingga Jumaat (Ahad hingga Khamis bagi negeri Kedah, Kelantan dan Trengganu)

Semua cawangan pos (Pejabat Pos) akan beroperasi pada hari Isnin hingga Jumaat dari jam 8.30 pagi hingga 5.30 petang (Ahad hingga Khamis bagi negeri Kedah, Kelantan dan Trengganu) dan pada hari Sabtu dari jam 8.30 pagi hingga jam 1.00 petang.

Cawangan pos (Pejabat Pos) Terpilih akan ditutup pada hari Sabtu.  Cawangan pos (Pejabat Pos) di Pusat Membeli Belah dan Pos Mini akan beroperasi seperti biasa.  Pusat Poslaju akan beroperasi seperti biasa.

Untuk maklumat lanjut.  Sila hubungi talian
Penjagaan Pelanggan: 01-300-300 atau
www.pos.com.my.








No comments:

Post a Comment