Sunday, June 24, 2012

Siasat dakwaan penyelewengan dinar emas: Awang Adek

3 minggu bagi kerajaan Kelantan siasat dakwaan penyelewengan dinar emas: Awang Adek


BACHOK: Kementerian Kewangan memberi tempoh tiga minggu mulai hari ini kepada kerajaan negeri Kelantan untuk membuat siasatan terperinci berhubung dakwaan berlaku penyelewengan dalam pertadbiran Kelantan Golden Trade Centre Sdn Bhd (KGT).

dinar dirham zaman moden
Timbalan Menterinya, Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata, hasil siasatan terhadap syarikat yang mengeluarkan mata wang dinar dan dirham milik Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), hendaklah didedahkan kepada rakyat.

"Jika rakyat tidak berpuas hati dan pertikaikan keputusan (siasatan) itu, pihak kementerian akan mengarahkan Bank Negara Malaysia (BNM) dan Suruhanjaya Sekuriti membuat siasatan," katanya pada majlis perasmian Banglo Rakyat Malaysia peringkat daerah Bachok di Perupuk di sini, hari ini.

Awang Adek berkata demikian ketika diminta mengulas tiga laporan polis yang dibuat terhadap apa yang didakwa berlaku salah laku membabitkan seorang daripada pegawai kanan KGT, oleh bekas Pengarah Eksekutif KGT, Nik Mahani Mohamad pada 31 Januari lalu, seorang pelabur Jepun Takao Kono pada 28 Mei dan seorang rakyat Perancis Mohamed Esfih pada 1 Jun.

Awang Adek berkata, pihaknya tidak mahu mengarahkan kedua-dua badan kerajaan itu membuat siasatan sekarang, untuk memberi peluang kepada kerajaan negeri membuat siasatan sendiri dan hasilnya hendaklah dibentangkan kepada rakyat dengan segera.

Beliau berkata, kementerian tidak mahu isu itu terus berlarutan kerana ia boleh mencemarkan imej Islam yang kini sudah mendapat perhatian ramai termasuk yang bukan beragama Islam.
Katanya, isu itu tidak seharusnya dipandang remeh oleh kerajaan negeri kerana ia membabitkan kepentingan awam yang banyak membuat pelaburan.

"Saya sendiri percaya kerajaan negeri tidak mahu perkara itu berlaku atau menyokong penipuan itu dan tidak mahu menyembunyikannya kerana lambat laun orang akan tahu juga," kata Awang Adek yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan. - BERNAMA



Monday, June 18, 2012

Polis Tumpas Kegiatan Bookie Bola Sepak Euro, Lumba Kuda Di JB


JOHOR BAHARU: Polis berjaya menumpaskan kegiatan bookie kejohanan Bola Sepak Eropah (Euro) 2012 dan lumba kuda serta ekor haram melibatkan nilai pertaruhan RM14 juta dalam empat serbuan di sekitar bandar raya ini sejak Khamis lepas sehingga Ahad.
Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata 10 lelaki termasuk dua rakyat Singapura ditahan dalam serbuan berasingan itu yang dilakukan hasil maklumat orang awam.
"Dalam serbuan pertama pada pukul 12.15 malam, di Taman Scientex dekat Pasir Gudang, Khamis lepas, polis berjaya menahan seorang lelaki berumur 36 tahun yang dipercayai terlibat dalam aktiviti bookie bola sepak Euro yang membabitkan nilai pertaruhan RM1.5 juta dalam masa seminggu lepas," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, di sini, Isnin.
Mohd Mokhtar berkata polis merampas komputer, modem, kalkulator, dua telefon bimbit serta dua helai kertas yang tercatat angka-angka judi bola sepak dalam serbuan itu dan lelaki berkenaan kini ditahan reman untuk siasatan.
Beliau berkata dalam serbuan kedua pada pukul 3 pagi di Taman Johor Jaya, Jumaat lepas pula, polis menahan enam lelaki berumur 37 hingga 51 tahun yang dipercayai terlibat dengan aktiviti yang sama yang juga membabitkan nilai pertaruhan RM1.5 juta dalam tempoh seminggu lepas. Sumber...

Thursday, June 7, 2012

Nyawa hanya berharga RM1500


KUALA LUMPUR – Perbalahan antara dua penjual sayur warga Myanmar berhutang RM1,500 berakhir dengan salah seorang daripada mereka mati ditikam di Pasar Borong Selayang Lama di sini semalam.
Isteri Ali (dalam bulatan)
 tidak dapat menahan kesedihan ekoran kematian suaminya akibat dibunuh di Pasar Borong Selayang Lama, Kuala Lumpur semalam.

Mangsa yang terbunuh hanya dikenali sebagai Ali, 26. Ali mati akibat ditikam di dada oleh rakannya selepas mereka berperang mulut selama kira-kira setengah jam.
Seorang saksi yang juga rakan mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Tham, 30-an berkata, pergaduhan itu bermula pada pukul 7.30 malam dipercayai angkara dendam lama berkaitan dengan persaingan perniagaan dan masalah wang yang dipinjam isteri suspek.
“Perang mulut yang berlangsung selama kira-kira setengah jam itu tidak disangka berakhir dengan Ali ditikam,” kata Tham yang juga merupakan warga Myanmar.
 Sumber..