Wednesday, December 19, 2012

Prestasi pencapaian PMR 2012


PUTRAJAYA 19 Dis. _ Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr. Amin Senin berkata, secara keseluruhannya, keputusan PMR 2012 bagi  17 mata pelajaran kekal seperti tahun sebelumnya iaitu dengan Gred Purata Nasional (GPN) 2.71.

Seramai 30,474 calon Penilaian Menengah Rendah (PMR) mendapat gred A bagi keseluruhan mata pelajaran, berkurangan sebanyak 3,797 atau 0.85 peratus berbanding 2011.

Bilangan calon yang mendapat gred E dalam semua mata pelajaran berkurang daripada 346 orang (0.08 peratus) pada tahun lalu kepada 241 orang (0.05 peratus) pada tahun ini.
Berdasarkan mata pelajaran, empat subjek utama iaitu bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Pendidikan Islam mencatatkan penurunan prestasi.

Tahniah diucapkan kepada mereka yang mendapat gred cemerlang.

No comments:

Post a Comment