Sunday, February 17, 2013

Belesungkawa seniman Kuswadinata kembali ke rahmatullah

Ampang: Seniman veteran era 1950-an Kuswadinata atau nama sebenarnya Kuswadi Bujang, 75, meninggal dunia di Hospital Ampang di sini, jam 5.07 petang semalam.

Menurut anaknya, Irwan, 25, Allahyarham yang lebih mesra dipanggil Pak Kus menghembuskan nafas terakhir di sisi isteri Kamariah Mohd Said, 58, dan empat anaknya, Jasmine, 27, Hafsham, 26 serta Rizal, 23. “Jenazah ayah akan dibawa ke rumah keluarga di Jalan Rasmi 4, Taman Rasmi Jaya, Ampang. Allahyarham telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ampang jam 11 pagi,” katanya yang sempat dihubungi menerusi khidmat pesanan ringkas.

 ... Al-fatihah

Tahi bintang gugur dari udara dengan kelajuan 54 000 km sejam dan meletup


gambar hiasan
MOSCOW - Sekumpulan orang menyelam ke dasar sebuah tasik yang berais semalam untuk mencari serpihan sebutir tahi bintang yang jatuh ke bumi selepas meletup di udara sehingga mengakibatkan 1,200 penduduk cedera dan ribuan rumah musnah.





 

 Beberapa saintis Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan milik Amerika Syarikat menganggarkan jumlah tenaga yang dibebaskan akibat kesan perlanggaran dengan atmosfera itu adalah kira-kira 30 kali ganda daripada bom atom yang digugurkan di bandar Hiroshima, Jepun semasa Perang Dunia Kedua. 

Letupan tahi bintang seberat 10 tan itu telah menyebabkan sejumlah tingkap kaca lebih 4,000 buah bangunan pecah di wilayah itu. 


Gabenor wilayah berkenaan, Mikhail Yurevich menyatakan kerugian akibat letupan itu dianggarkan AS$33 juta (RM102 juta).

INFOMASI: Tahi bintang 

  Tahi bintang adalah ketulan batu dari angkasa yang masuk ke atmosfera bumi 
  Tahi bintang biasanya mencapai kelajuan 30,000 kilometer sejam 
 Tahi bintang yang lebih kecil biasanya lepasi atmosfera bumi lima hingga 10 kali setahun
 Tahi bintang besar yang jatuh ke bumi biasanya berlaku setiap lima tahun 
 Tahi bintang yang terakhir berlaku pada 2008 apabila ia meletup di Sudan tetapi tiada siapa cedera 
  Tahi bintang yang dijual mempunyai nilai sehingga AS$670 (RM2,010) satu gram 
 Bertanggungjawab atas kepupusan dinosaur 66 juta tahun lalu
  20,000 petugas kecemasan ditempatkan di kawasan kejadian untuk bantu penduduk

Tuesday, February 12, 2013

Gergasi pari sangkut dipukat

Gambar hiasan
PASIR PUTEH - Penduduk di sini gempar apabila dua remaja membawa pulang ikan pari seberat 150 kilogram yang tersangkut di pukat yang dipasang di Terusan Semerak berhampiran Tidal Gate Kulim, Gong Datuk dekat sini, semalam. 

 Ikan ‘pari batik’ atau nama saintifik himantura uarnak itu menarik perhatian penduduk yang rata-ratanya belum melihat ikan pari sebesar itu. Mohamad Azri Azmi, 20, berkata, kejadian itu disedari ketika dia bersama rakan, Nik Mohd Anaz Nik Mansor, 17, ke sungai untuk memungut hasil tangkapan jam 7.30 pagi semalam selepas memasang pukat jam 5 petang kelmarin. 

Himantura uarnak hidup dalam habitat pantai dan air payau serta banyak ditemui di antara Afrika Selatan hingga ke Australia itu boleh membesar sehingga dua meter lebar sementara ikan pari yang berjaya ditangkap Mohamad Azri semalam selebar 1.8 meter dan panjangnya tiga meter.

 Mengikut senarai merah International Union for the Conservation of Nature (IUCN), Himantura uarnak dari famili Dasyatidae itu diklasifikasikan sebagai haiwan hampir terancam. 

Sumber: sinarharian.com

Monday, February 11, 2013

RM407.9 hutang PTPTN dikira lupus

gambar hiasan
KUALA LUMPUR – Seramai 14,492 graduan cemerlang dikecualikan daripada membayar balik hutang pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) membabitkan nilai keseluruhan RM407.9 juta sejak tahun 2003.

 Jumlah itu termasuk kumpulan terbaru 1,300 graduan cemerlang yang dikecualikan daripada membayar pinjaman berjumlah RM32.9 juta sehingga bulan lepas. Ketua Eksekutif PTPTN, Agos Cholan menyatakan, pelupusan pinjaman tersebut membabitkan graduan yang telah berjaya mendapat ijazah sarjana muda kelas pertama atau setaraf dan sekarang ini sedang memproses permohonan kira-kira 800 lagi graduan untuk mendapatkan pengecualian tersebut. 

Banyak tu… hampir ½ bilion RM. 

sumber:  kosmo online

Thursday, February 7, 2013

Selamat Tahun Baru Cina, ETS operasi 24 jam

gambar hiasan
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dalam kenyataannya, enam tren tambahan mula beroperasi selepas jadual waktu tren akhir sedia ada. 

 Perkhidmatan tren tambahan membabitkan ETS Silver bagi dua sektor iaitu KL Sentral-Ipoh pada jam 12.05 tengah malam, 2.05 pagi dan 4.05 pagi dan Ipoh-KL Sentral pada jam 11 malam, 1 pagi dan 3 pagi. 

Tiket tren tambahan boleh diperolehi melalui kaunter dan tempahan pusat panggilan KTMB mulai hari ini. Perkhidmatan Tren Elentrik ini akan beroperasi 24 jam mulai esok hingga hari Ahad (9 Januari 2013). 

Sumber: bernama

Thursday, January 24, 2013

RIZAB ANTARABANGSA BANK NEGARA RM427B


KUALA LUMPUR 22 Jan.- Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia berjumlah RM427.9 bilion (bersamaan dengan AS$140 bilion) pada 15 Januari 2013. Menurut satu kenyataan dari Bank Negara paras rizab itu memadai untuk membiayai 9.5 bulan import tertangguh dan ialah 4.2 kali hutang luar negeri jangka pendek. 

sumber: www.bnm.gov.my 


Monday, January 21, 2013

RM1 seekor kambing


Johor Bahru: Sempena sambutan Maulidur Rasul Khamis ini, seorang penternak kambing menawarkan haiwan itu dengan harga RM1 seekor untuk bayi yang dilahirkan pada hari berkenaan di hospital kerajaan negeri ini.

Pengarah Urusan Osman Goat Farm, Osman Cheya Kutty berkata, tawaran itu terhad kepada 24 pasangan yang melahirkan anak di hospital awam seluruh Johor.

 Menurutnya, tujuan pihaknya berbuat demikian bagi meringankan beban ibu bapa beragama Islam yang ingin melakukan akikah.

“Saya memulakan perniagaan ini 20 tahun lalu dan ia antara perancangan untuk menghargai pelanggan menerusi cara unik.

“Saya mengambil peluang melakukan perkara baik ini sempena Maulidur Rasul tahun ini sempena memperingati hari kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW,” katanya.

Osman berasal dari Kangkar Tebrau, di sini, menawarkan kambing dengan harga RM1 kepada pasangan yang mengemukakan sijil kelahiran anak di pejabatnya di 38, Jalan Enau, Kangkar Tebrau, dalam tempoh sebulan.

Saturday, January 19, 2013

Pengakuan Amstrong, mohon maaf ambil dadah

Lance Armstrong, pelumba basikal Amerika Syarikat akhirnya membuat pengakuan terbuka menggunakan dadah peransang prestasi dalam temu bual khas yang dikendalikan Oprah Winfrey, sejak rekod jersi kuning ditarik balik dan digantung daripada sukan itu seumur hidup tahun lalu. “Saya buat keputusan itu. Itulah kesilapan saya,” kata Amstrong dalam bual bicara itu.

Penjelasan lebih lanjut ....Klik

Bukan senang nak senang...tak susah nak susah. 

Thursday, January 17, 2013

Terlupa 10 minit, RM500 dan dompet lesap

KUANTAN – Muhamad Yusdiman Muhamad Yusof, 27, seorang kerani  menetap di Taman Balok Permai dikatakan terlupa mengambil dompetnya sebelum kembali semula ke kaunter berkenaan 10 minit kemudian. Wang sebanyak RM500 dan dompet yang tertinggal di kaunter pembayaran disebuah pasaraya disini dikebas orang. 

Dia ke pasar raya itu bersama anakya untuk membeli susu, ketika membuat pembayaran barangan yang dibeli dia terlupa mengambil dompet yang diletakkan di kaunter pembayaran. Selain wang di dalam dompet itu juga mengandungi kad pengenalan, kad perkahwinan, lesen memandu, kad ATM dan beberapa lagi dokumen penting. 

Pada masa itu ada tiga atau empat pelanggan lain yang beratur di belakangnya dan dia terlupa untuk mengambil semula dompet diletak di atas meja kaunter. Kejadian berlaku pada jam 8 malam.  Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di pasar raya itu kelihatan dompetnya diambil seorang wanita.

 Beringat-ingatlah sebelum terlupa.

Monday, January 14, 2013

Diskaun bayaran lesen B2, perlu bayar RM199 sahaja



Pemuda Barisan Nasional (BN) hari ini terus mengorak langkah melaksanakan politik khidmat bakti menerusi Bantuan Lesen 1Malaysia (BL1M) kepada mereka yang berumur antara 17 hingga 40 tahun dan belum pernah memiliki apa jua jenis lesen memandu dan tidak dikenakan saman trafik sebelum ini. Pengerusinya Khairy Jamaluddin berkata menerusi program tersebut mereka yang berdaftar akan menikmati yuran diskaun untuk lesen motosikal kelas B2 yang mana mereka hanya perlu membayar sebanyak RM199.00. Dijangkakan 500 ribu belia akan menikmat program ini.

Sekarang wang yang perlu dikeluarkan dari kocek oleh para belia untuk  mendapatkan lesen motosikal kelas B2 ialah sebanyak RM350 hingga RM690.    Program ini akan dilancarkan pada akhir  bulan Januari.

Maklumat lanjut klik disini

Tol Lebuhraya Kesas turun


Petaling Jaya - Menteri Kerja Raya Datuk Seri Shaziman Abu Mansor telah mengumumkan bahawa kadar tol di Lebuhraya Shah Alam (Kesas) diturunkan antara 10 sen dan 40 sen berkuatkuasa selepas tengah malam ini. Kadar tol untuk Kelasl 1 iaitu bagi kereta biasa diturunkan sebanyak 20 sen iaitu dari RM2.20 kepada RM2. Tidak akan dinaikkan sehingga tahun 2016.


 Bagi kenderaan Kelas 2 iaitu dua gandar atau enam tayar (kecuali bas) akan menikmati pengurangan tol sebanyak 30 sen (dari RM3.30 kepada RM3), Kelas 3 iaitu kenderaan 3 gandar atau lebih sebanyak 40 sen (dari RM4.40 kepada RM4), Kelas 4 iaitu teksi sebanyak 10 sen (dari RM1.10 kepada RM1) manakala Kelas 5 iaitu bas akan menikmati pengurangan 20 sen (dari RM1.70 kepada RM1.50). Lebuhraya Kesas sepanjang 34.5 km adalah lebuhraya ekspress perbandaran yang menghubungkan antara Sri Petaling di Kuala Lumpur dan Pandamaran di Klang. 

Monday, January 7, 2013

Berita baik, 10 000 tiket penerbangan percuma Air Asia antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak

di LCCT sebelum berlepas ke Kuantan
gambar hiasan



Semperna program Intergrasi 1Malaysia yang telah dilancarkan oleh Perdana Menteri  Malaysia Datuk Seri Najib Razak, Syarikat Penerbangan Air Asia telah menyediakan 10,000 tiket penerbangan percuma untuk pergi dan balik antara Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.  Boleh ditempah mulai 9 Januari, 2013 Rabu ini (12.01 pagi) bagi penerbangan 14 Januari hingga 4 Febuari 2013.Tujuan adalah untuk merapatkan lagi jurang antara semenanjung, sabah dan sarawak selaras dengan konsep 1Malaysia. 

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia, Aireen Omar menyatakan bahawa Air Asia mempunyai sejumlah 417 penerbangan setiap minggu antara Semenanjung dan Malaysia Timur, dan 62 penerbangan harian yang berlepas dari Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Johor Bahru ke lapan destinasi di Sabah dan Sarawak.  Ini merupakan cara kami untuk menghargai sokongan rakyat, dan ia akan menjadi yang pertama bagi lebih banyak lagi inisiatif daripada AirAsia.

Tempat duduk percuma hanya sah bagi penerbangan yang berlepas dari Kota Kinabalu, Kuching, Labuan, Sandakan, Miri, Tawau, Sibu, Bintulu, Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Johor Bahru (Tempat duduk percuma itu tidak ditawarkan untuk penerbangan domestik antara Semenanjung atau antara Malaysia Timur).

Bagaimanapun, cukai lapangan terbang akan dikenakan, walaupun tambang dan surcaj bahan api dimansuhkan.

Kadar bagasi, hidangan dalam pesawat, pilihan tempat duduk dan perkhidmatan tambah nilai yang lain turut tidak termasuk dalam tempat duduk percuma.
Permohonan tiket percuma ini boleh didapatkan di laman web, klik disini.




Wednesday, January 2, 2013

Bantuan persekolahan RM100 akan dlunaskan pada 15 Januari 2013

Gambar hiasan


Timbalan Menteri Pelajaran menyatakan bahawa  bantuan persekolahan RM100 akan mula disalurkan kepada pelajar mulai 15 Januari 2013 ( Selasa).  Duit itu mestli  diserahkan kepada ibubapa berkenaan.  Wang itu boleh digunakan untuk derma PIBG, tetapi pihak sekolah tiada hak untuk membuat potongan lebih awal.  Diharap tiada aduan dikalangan ibubapa, mengenai sekolah mengenakan bayaran  kepada mereka  yang menerima bantuan ini.

Bantuan persekolahan ini akan disalurkan ke sekolah kerajaan yang mempunyai bilangan pelajar seramai 5 juta orang dan juga termasuk sekolah jenis kebangsaan, agama danpersendirian.  Bagi ibubapa yang tidak mahu mengambil bantuan tersebut, mereka boleh memulangkannya kepada sekolah dan mesti memulangkannya ke Kementerian Pelajaran.

Bantuan itu telah diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam Pembentangan Bajet 2013.  Bantuan ini adalah kali kedua diberikan,  melliputi semua pelajar sekolah rendah dan menengah tanpa mengira pendapatan keluarga.

Tuesday, January 1, 2013

Naik gaji mulai hari ini...Pekerja swasta naik gaji, minimum RM900

Lebih kurang 3 juta pekerja (termasuk pekerja asing) dalam pelbagai bidang akan menerima kenaikan gaji minimum mulai hari ini.

Setiausaha Majlis Perundingan Gaji Negara (MPGN), T Shanmugam memberitahu, sebelum ini 4,200 daripada 800,000 syarikat memohon penangguhan sementara bagi melaksanakan skim itu, bagaimanapun hanya 632 majikan diberi kelulusan. 

Mengikut Akta Perundingan Gaji Negara 2011, majikan yang gagal mematuhi Perintah Gaji Minimum boleh dikenakan denda maksimum RM10,000 setiap pekerja bagi kesalahan pertama, jika terus ingkar, denda RM1,000 setiap pekerja sehari, manakala bagi kesalahan kedua dan seterusnya denda maksimum RM20,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya.


Kadar gaji minimum yang ditetapkan ialah RM900 sebulan atau RM4.33 sejam di Semenanjung Malaysia, manakala RM800 sebulan atau RM3.85 sejam di Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan. 


Pengumuman gaji minimum itu dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 30 April dan diwartakan pada 16 Julai lalu, manakala kadarnya akan dikaji semula setiap dua tahun.