CHUKAI: Empat beranak rentung selepas kereta dinaiki mereka
terbabit dalam kemalangan di Kilometer 126.5, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan,
depan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Kemasik, awal pagi.
Mereka yang terkorban ialah seorang guru, Sabirin Sulaiman, 45, dan
isterinya, Halina Saif @ Saib, 40, serta dua anak mereka, Siti Aisyah, 14, dan
Siti Khatijah, 12.
Ketua Polis Negeri, Datuk Jamshah Mustapa berkata, empat
beranak itu terperangkap di dalam kenderaan selepas kereta Kia Sephia yang
mereka naiki bertembung dengan bas Ekspres Budaya, kira-kira jam 1.30 pagi
sebelum kenderaan mereka terbakar dan seterusnya membakar bas ekspres terbabit
yang dinaiki lapan penumpang.
Kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta dinaiki
keluarga terbabit dari arah Kemaman ke Dungun dikatakan gagal dikawal sebelum
memasuki laluan kanan jalan. Kereta
terbabit dikatakan bertembung dengan bas ekspres yang datang dari arah
bertentangan sebelum kereta itu diseret bas terbabit kira-kira 30 meter
sehingga ke kaki lima jalan.
Tiga faktor yang boleh menyebabkan berlaku kemalangan di jalanraya:
1. Kenderaan yang digunakan.
2. Struktur jalanraya yang dilalui.
3. Pemandu...adalah faktor tertinggi.
1. Kenderaan yang digunakan.
2. Struktur jalanraya yang dilalui.
3. Pemandu...adalah faktor tertinggi.
Berhati-hati di jalanraya...pandu cermat jiwa selamat
Sumber: http://www.hmetro.com.my
No comments:
Post a Comment