Thursday, December 27, 2012

Rebet telefon pintar RM200 mulai dibuka...1 Januari 2013


 Golongan belia bakal menikmati rebat sebanyak RM200 bagi pembelian satu unit telefon mudah alih pintar 3G.

 Pakej khas ini diperkenalkan kerajaan dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan syarikat telekomunikasi.  Sebanyak RM300 juta disediakan untuk tujuan tersebut dan akan dimanafaatkan oleh 1.5 juta belia.

 Terbuka kepada mereka yang berumur antara 21 hingga 30 tahun dengan pendapatan bulanan di bawah RM3,000.

Memandangkan rebat itu disasarkan kepada golongan muda, harga telefon pintar yang layak mendapat kemudahan tersebut  adalah di bawah RM500 seunit.  Permohonan dibuka mulai 1 Januari 2013 hingga 31 Disember 2013.  Pat-pat siku lipat…siapa lambat tak dapat.  Maklumat lebih lanjut.


*  Berita terbaru 2 Januari. 2013, berita TV3 8.00 mlm...rebet RM200 tidak dihadkan telefon pintar berharga RM500 sahaja...
...cepat! cepat! siapa cepat dia dapat (1.5 juta telefon atau RM300 juta selesai)

No comments:

Post a Comment