Saturday, December 29, 2012

Murahnya razeki.. penjual ikan menjadi penyanyi

Muhamad Shahid Nazir

Muhamad Shahid Nazir berasal dari Pakistan,  penjual ikan  di kios ikan  pasar tradisional London Timur, Quens Market, Upton Park telah dikenali sebagai penyanyi selepas mempromosikan jualan ikan dengan one pound fish.  

Lagu itu telah dimuatnaik di youtube dan telah popular hingga ke Amerika dan Peranchis.  Sehingga akhir Disember tahun ini selepas rakaman dibuat, telah berjaya menarik peminat untuk melihat lebih dari 9 juta kali.


Thursday, December 27, 2012

Rebet telefon pintar RM200 mulai dibuka...1 Januari 2013


 Golongan belia bakal menikmati rebat sebanyak RM200 bagi pembelian satu unit telefon mudah alih pintar 3G.

 Pakej khas ini diperkenalkan kerajaan dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan syarikat telekomunikasi.  Sebanyak RM300 juta disediakan untuk tujuan tersebut dan akan dimanafaatkan oleh 1.5 juta belia.

 Terbuka kepada mereka yang berumur antara 21 hingga 30 tahun dengan pendapatan bulanan di bawah RM3,000.

Memandangkan rebat itu disasarkan kepada golongan muda, harga telefon pintar yang layak mendapat kemudahan tersebut  adalah di bawah RM500 seunit.  Permohonan dibuka mulai 1 Januari 2013 hingga 31 Disember 2013.  Pat-pat siku lipat…siapa lambat tak dapat.  Maklumat lebih lanjut.


*  Berita terbaru 2 Januari. 2013, berita TV3 8.00 mlm...rebet RM200 tidak dihadkan telefon pintar berharga RM500 sahaja...
...cepat! cepat! siapa cepat dia dapat (1.5 juta telefon atau RM300 juta selesai)

Maklumat terkini -Pos Malaysia melaksanakan waktu operasi yang baru

Pos Malaysia Berhad akan melaksanakan waktu operasi yang baru di Semenanjung Malaysia mulai 1 Januari 2013.  Serahan Mel dan Pungutan peti pos akan dilaksanakan pada hari Isnin hingga Jumaat (Ahad hingga Khamis bagi negeri Kedah, Kelantan dan Trengganu)

Semua cawangan pos (Pejabat Pos) akan beroperasi pada hari Isnin hingga Jumaat dari jam 8.30 pagi hingga 5.30 petang (Ahad hingga Khamis bagi negeri Kedah, Kelantan dan Trengganu) dan pada hari Sabtu dari jam 8.30 pagi hingga jam 1.00 petang.

Cawangan pos (Pejabat Pos) Terpilih akan ditutup pada hari Sabtu.  Cawangan pos (Pejabat Pos) di Pusat Membeli Belah dan Pos Mini akan beroperasi seperti biasa.  Pusat Poslaju akan beroperasi seperti biasa.

Untuk maklumat lanjut.  Sila hubungi talian
Penjagaan Pelanggan: 01-300-300 atau
www.pos.com.my.








Tuesday, December 25, 2012

Unit Rondaan Bermotosikal (URB) Polis Diraja Malaysia(PDRM)

gambar hiasan


PDRM telah menerima 560 buah motosikal Kawasaki Ninja 250 (STD)X bagi kegunaan Unit Rondaan Bermotosikal PDRM (URB) dan Majlis Pelancaran Unit Rondaan Bermotosikal PDRM telah  disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia pada 19 Disember 2012 di Padang Awam, BK 5, Bandar Kinrara, Puchong, Selangor.

 Motosikal Kawasaki Ninja 250 (STD)X ini akan memantau kawasan-kawasan panas dengan mengadakan rondaan siang dan malam di negeri-negeri NKRA di Kuala Lumpur, Selangor, Johor, Perak, Pulau Pinang dan Kedah bagi menjamin persekitaran yang selamat untuk masyarakat.



Monday, December 24, 2012

Sindiket penipuan internet Macau Scam ditumpaskan


Petaling Jaya,   Polis Diraja Malaysia (PDRM) Berjaya menumpaskan kegiatan sindiket Macau Scam (sindiket penipuan antarabangsa menggunakan internet) dengan tertangkapnya 51 orang dalam serbuan di dua buah banglo, seksyen 12 dan Setia Bistari, Bukit Damansara.  45 orang lelaki, enam wanita, 46 warganegara Taiwan, empat warganegara China dan seorang rakyat tempatan.

Penolong Pengarah Jenayah Siber dan Multimedia Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman ACP Kamaruddin Md Din menyatakan, kesemua mereka berusia antara 20 hingga 40 tahun.  Macau Scam dipercayai diketuai oleh seorang warga Taiwan dan telah Berjaya menipu ramai warga China dan Taiwan dengan memperdaya mangsa supaya memasukkan wang ke dalam akaun pihak ketiga.

Sindiket ini beroperasi disini untuk mengelak dikesan pihak berkuasa Negara mereka.  Modus operandi sindiket itu menggunakan perkhidmatan “Voice Over Internet Protokol” (Voip) untuk
 menelefon mangsa dan ia menyukarkan pihak polis mengesan kegiatan mereka.
Mereka menyamar menjadi wakil pihak bank, polis atau peguam memberitahu mangsa kononnya akaun bank atau kad kredit mangsa telah diceroboh oleh pihak ketiga dan wang di
dalam akaun akan dicuri oleh penipu sekiranya mangsa tidak memindahkan wang mereka ke akaun sindiket itu.
Kesemua mereka disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu dan polis turut merampas 13 komputer riba, 22 walkie-talkie, modem, penyambung panggilan, lima skrip untuk menipu dan lima telefon.  Ketua sindikit terbabit masih diburu dan nilai kerugian masih dalam siasatan.

Sumber:  Bernama

Sunday, December 23, 2012

Kemalangan maut rentong - 4 sekeluarga terkorban




CHUKAI: Empat beranak rentung selepas kereta dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan di Kilometer 126.5, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, depan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Kemasik,  awal pagi.  Mereka yang terkorban ialah  seorang guru, Sabirin Sulaiman, 45, dan isterinya, Halina Saif @ Saib, 40, serta dua anak mereka, Siti Aisyah, 14, dan Siti Khatijah, 12. 


Ketua Polis Negeri, Datuk Jamshah Mustapa berkata, empat beranak itu terperangkap di dalam kenderaan selepas kereta Kia Sephia yang mereka naiki bertembung dengan bas Ekspres Budaya, kira-kira jam 1.30 pagi sebelum kenderaan mereka terbakar dan seterusnya membakar bas ekspres terbabit yang dinaiki lapan penumpang. 


Kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta dinaiki keluarga terbabit dari arah Kemaman ke Dungun dikatakan gagal dikawal sebelum memasuki laluan kanan jalan.   Kereta terbabit dikatakan bertembung dengan bas ekspres yang datang dari arah bertentangan sebelum kereta itu diseret bas terbabit kira-kira 30 meter sehingga ke kaki lima jalan.

Tiga faktor yang  boleh menyebabkan  berlaku kemalangan di jalanraya:

1.  Kenderaan yang digunakan.
2.  Struktur jalanraya yang dilalui.
3.  Pemandu...adalah faktor tertinggi.


Berhati-hati di jalanraya...pandu cermat jiwa selamat

Sumber:  http://www.hmetro.com.my


Saturday, December 22, 2012

Transformasi belanja menjadi sumber pendapatan

Dalam kehidupan seharian sekarang ini, wang bernilai lapan puluh ringgit (RM80) tidak sebesar manapun sekiranya dibelanjakan dengan tidak cermat. Adalah luar biasa bagi anda yang sedang membaca petikan ini, tidak memiliki telefon bimbit.  Biasalah bila ingin berkomunikasi memerlukan RM.  Berapakah RM yang telah dibelanjakan untuk menambah kredit telefon bimbit anda setiap bulan?  Mungkin RM50?  Atau lebih lagi, RM80?  Atau  mungkin mencapai sehingga RM100?


 Mungkin  anda tidak pernah terfikir, belanja topup telefon bimbit anda boleh menjadi sumber pendapatan sampingan anda.  Fakta ke auta?  Untuk keterangan lebih lanjut, anda boleh klik youtube klip bahagian atas blogsite ini untuk mendengar penjelasannya sebagai pengenalan atau klik mana-mana submenu yang berkaitan.

Perubahan pelepasan cukai



Kuala Lumpur:  Pihak Kerajaan menaikkan jumlah pelepasan cukai individu daripada RM1 000 kepada RM3 000 untuk ibubapa yang anaknya mengikuti bidang sains dan teknologi di sekolah menengah dan program matrikulasi untuk tahun taksiran 2013.

Friday, December 21, 2012

Firma pelaboran emas - 9 failkan saman



Saman telah difailkan terhadap Syarikat Genneva Malaysia Sdn Bhd  dan empat pengarahnya untuk tuntut wang pelaburan berjumlah lebih RM2 juta. 


Daud Mohamad, 63 tahun (RM405,250, Sofiah Halili,42 tahun (RM307,755), Fazilahtun Ahmad, 42 tahun (RM424,000), Izuan Daud, 32 tahun (RM119,900), Mahmud Idris, 73tahun (RM60,300), Mohd Sabri Ibrahim, 55 tahun (RM20,100), Noor Asykeen Abu Bakar, 36 tahun (RM20,100), Noorazylawati Abu Bakar, 35 tahun (RM671,455), dan Noraini Jasneh, 30 tahun (RM40,000), selaku plaintif, memfailkan saman itu di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini semalam, melalui Tetuan Azman & Affendy.



Mereka menamakan syarikat itu sebagai defendan pertama, manakala Tengku Muhaini Sultan Ahmad Shah, 56, Philip Lim Jit Meng, 55, Ahmad Khairuddin Ilias, 54, dan Tan Liang Keat, 40, sebagai defendan kedua hingga kelima.



Peguam Mohamad Siddiq Azani yang mewakili plaintif, berkata writ saman itu akan diserahkan kepada defendan minggu depan.


Semakin besar pulangan pelaburan semakin tinggilah risiko kerugiannya…bijak-bijaklah ketika membuat pelaboran.

Wednesday, December 19, 2012

Prestasi pencapaian PMR 2012


PUTRAJAYA 19 Dis. _ Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr. Amin Senin berkata, secara keseluruhannya, keputusan PMR 2012 bagi  17 mata pelajaran kekal seperti tahun sebelumnya iaitu dengan Gred Purata Nasional (GPN) 2.71.

Seramai 30,474 calon Penilaian Menengah Rendah (PMR) mendapat gred A bagi keseluruhan mata pelajaran, berkurangan sebanyak 3,797 atau 0.85 peratus berbanding 2011.

Bilangan calon yang mendapat gred E dalam semua mata pelajaran berkurang daripada 346 orang (0.08 peratus) pada tahun lalu kepada 241 orang (0.05 peratus) pada tahun ini.
Berdasarkan mata pelajaran, empat subjek utama iaitu bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Pendidikan Islam mencatatkan penurunan prestasi.

Tahniah diucapkan kepada mereka yang mendapat gred cemerlang.

Tuesday, December 18, 2012

Keputusan Peperiksaan PMR 2012

KEPUTUSAN PMR akan dikeluarkan esok, hari Rabu 19 Disember 2012.

Ibu bapa dan calun boleh menyemak secara online...Klik

Atau nak semak melalui sms:  Taip PMR [angka giliran] dan hantar ke 15888
Contoh:  PMR BC012A017 hantar ke 15888.

Semoga anak-anak anda mendapat keputusan yang cemerlang.

Monday, December 17, 2012

Kehebatan TuneTalk - ToneExcel

Gambar Hiasan
Salam sejahtera rakan-rakan semua,

Apa khabar hari ini? Semoga rakan-rakan semua sentiasa sihat bersama keluarga.

 Ada suatu cerita yang menarik yang ingin dikongsikan disini.  Setahun yang lalu ada seorang ahli/rakan pengguna

 TuneTalk/ToneExcel telah terlibat didalam kemalangan kereta dan rakan kita tersebut meninggal dunia (Tahziah kepada keluarganya), dan ahli keluarganya pernah terdengar anaknya sebagai pengguna TuneTalk/ToneExcel layak mendapat insurance kemalangan RM100k dari pihak insuran, dan penama yang diletakkan adalah bapanya. Maka bapanya mendapat RM100k. Manakala dia merupa ahli toneexcel yang sangat aktif menaja, dan didalam toneexcel juga dia telah mendapat komsiyen bulanan yang agak banyak. Semasa pendaftaran dahulu, dibahagian pewaris dia meletakkan ibunya sebagai pewaris, dan hasilnya sekarang ibunya mendapat komisyen setiap bulan dari hasil usaha anaknya dahulu. 

Semua ahli/rakan boleh meneliti polisi insuran yang diberikan oleh tunetalk menerusi oriental capitol dengan syarat telah menjadi ahli selama 60 hari. Disitu juga kita boleh melihat samada kita telah dilindungi oleh insuran tersebut atau tidak. Rupanya tunetalk telak menyediakan kesemuanya untuk kita periksa dan baca tentang polisinya.

Memeriksa samada kita layak atau tidak. Klik disini

Memahami polisi yang disediakan. Klik Disini

Hebat ! Percaturan dunia, satu program yang tidak berapa dipandang orang, tetapi memberikan pulangan yang jauh lebih baik dari yang difikirkan oleh orang lain.

Jika rakan-rakan masih belum menjadi pengguna TuneTalk/ToneExcel, dapatkan sekeping simkad terlebih dahulu, dan selebihnya adalah bergantung kepada anda, samada anda ingin menjadi pengguna sahaja atau boleh menjadi agent dan mula menjana pendapatan melalui program ini.
Lihat di langkah 1:  Klik disini

Sunday, December 16, 2012

BR1M 2.0 masih dibuka


Jangan lambat-lambat...nanti melepas


Kerajaan telah mengumumkan Bantuan Rakyat 1Malaysia Kedua (BR1M 2.0) iaitu RM250 hingga RM500 dalam Pembentangan Badget 2013 yang lalu.

Cara memohon BR1M 2.0:

Penerima sebelum ini tidak lagi perlu mendaftar untuk kali kedua, manakala pemohon baru, pendaftaran telah pun di buka mulai  1November 2012 secara online ...klik disini atau datang sendiri ke kaunter di Pejabat Pembangunan Negeri, Pejabat Daerah dan Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri di seluruh negara.

SYARAT KELAYAKAN MEMOHON BANTUAN RAKYAT 1MALAYSIA (BR1M 2.0)

RM500 akan diberikan kepada isi rumah berpendapatan kurang RM3,000 akan diberikan bermula awal tahun 2013.
Rakyat bujang yang berusia 21 tahun ke atas dan berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan diberikan bantuan sebanyak RM250.

Syarat-syarat layak:
a.  Warga negara Malaysia.
b.  Berkeluarga (Ketua Keluarga) dengan keseluruhan isi rumah berpendapatan bulananRM3000 kebawah.

Takrif ketua keluarga merangkumi:
a.  Individu yang telah berkahwin.
b.  Ibu/bapa  tunggal yang mempunyai tanggungan keatas keseluruhan keluarga.
c.  Bujang yang mempunyai tanggungan.
d.  Warga emas (berumur 60 tahun dan keatas) yang hidup sebatang kara.

Untuk penerima BR1M 2.0 skim individu bujang:
Syarat-syarat layak:

a.  Warga negara Malaysia.
b.  Bujang dan berumur 21 tahun keatas dengan pendapatan bulanan tidak melebihi RM2000 
c.  Tidak mempunyai tanggungan keluarga.
d.  Bukan penuntut IPTA/IPTS.
e.  Bekas penuntut IPT dan masih menggaggur.
* Tarikh tutup:  31 Disember 2012
Pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) yang berumur 21 tahun ke atas tidak termasuk dalam kategori penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0.