Friday, December 21, 2012

Firma pelaboran emas - 9 failkan saman



Saman telah difailkan terhadap Syarikat Genneva Malaysia Sdn Bhd  dan empat pengarahnya untuk tuntut wang pelaburan berjumlah lebih RM2 juta. 


Daud Mohamad, 63 tahun (RM405,250, Sofiah Halili,42 tahun (RM307,755), Fazilahtun Ahmad, 42 tahun (RM424,000), Izuan Daud, 32 tahun (RM119,900), Mahmud Idris, 73tahun (RM60,300), Mohd Sabri Ibrahim, 55 tahun (RM20,100), Noor Asykeen Abu Bakar, 36 tahun (RM20,100), Noorazylawati Abu Bakar, 35 tahun (RM671,455), dan Noraini Jasneh, 30 tahun (RM40,000), selaku plaintif, memfailkan saman itu di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini semalam, melalui Tetuan Azman & Affendy.



Mereka menamakan syarikat itu sebagai defendan pertama, manakala Tengku Muhaini Sultan Ahmad Shah, 56, Philip Lim Jit Meng, 55, Ahmad Khairuddin Ilias, 54, dan Tan Liang Keat, 40, sebagai defendan kedua hingga kelima.



Peguam Mohamad Siddiq Azani yang mewakili plaintif, berkata writ saman itu akan diserahkan kepada defendan minggu depan.


Semakin besar pulangan pelaburan semakin tinggilah risiko kerugiannya…bijak-bijaklah ketika membuat pelaboran.

No comments:

Post a Comment