Sunday, August 5, 2012

Badminton Olimpik 2012 London - habuan RM4 juta sedang menunggu

KUALA LUMPUR -
 RM4 juta akan berada dalam genggaman Datuk Lee Chong Wei andai jaguh badminton negara itu meraih pingat emas. RM2 juta berupa wang tunai dan RM2 lagi berbentuk jongkong emas.

Selain RM1 juta yang diberikan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menerusi insentif Skim Hadiah Kemenangan Sukan (Shakam) kepada setiap pemenang pingat emas Olimpik, sebuah syarikat perabot, 3V Holdings Sdn. Bhd. turut menawarkan ganjaran yang sama.

Terbaharu, Kelab Raket Kuala Lumpur (KLRC) tampil dengan ganjaran tersendiri apabila menawarkan jongkong emas bernilai RM2 juta hanya kepada pemain badminton negara yang berjaya membawa pulang pingat emas dari London.

Bagaimanapun, Chong Wei, 30, harus terlebih dahulu menumbangkan musuh tradisinya dari China, Lin Dan pada aksi final acara perseorangan lelaki Olimpik 2012 di Arena Wembley malam ini jika berhajat meraih ganjaran lumayan itu

Atas kertas, tugas Chong Wei tidak semudah yang dijangka kerana Lin Dan turut menjadi watak 'pemusnah' di sebalik kegagalan pemain kelahiran Bukit Mertajam, Pulau Pinang itu meraih emas pada Olimpik 2008 di Beijing, China.

Biarpun sekadar membawa pulang pingat perak empat tahun lalu, Chong Wei tetap dianggap sebagai wira negara dan prestasinya di Beijing turut mendapat pujian daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Bagi menghargai keringat Chong Wei meraih pingat perak, beliau telah dianugerahkan Darjah Setia Pangkuan Negeri (DSPN) oleh kerajaan Pulau Pinang yang membawa gelaran Datuk
.
Hasil kejayaannya membawa pulang pingat perak itu juga, Chong Wei menerima wang tunai sebanyak RM300,000 menerusi insentif Shakam, selain diberikan pencen bulanan RM3,000 bermula 1 September 2008.

Friday, August 3, 2012

Badminton Olimpik 2012 London

London 4 Ogos
Datuk Lee Chong Wei berjaya melangkah ke perlawanan akhir perseorangan lelaki setelah menewaskan pemain Cina Cheng Long 21-13, 21-14.  Dijangka bertemu Lin Dan dalam perlawanan akhir untuk merebut pingat emas.