Sunday, February 17, 2013

Belesungkawa seniman Kuswadinata kembali ke rahmatullah

Ampang: Seniman veteran era 1950-an Kuswadinata atau nama sebenarnya Kuswadi Bujang, 75, meninggal dunia di Hospital Ampang di sini, jam 5.07 petang semalam.

Menurut anaknya, Irwan, 25, Allahyarham yang lebih mesra dipanggil Pak Kus menghembuskan nafas terakhir di sisi isteri Kamariah Mohd Said, 58, dan empat anaknya, Jasmine, 27, Hafsham, 26 serta Rizal, 23. “Jenazah ayah akan dibawa ke rumah keluarga di Jalan Rasmi 4, Taman Rasmi Jaya, Ampang. Allahyarham telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ampang jam 11 pagi,” katanya yang sempat dihubungi menerusi khidmat pesanan ringkas.

 ... Al-fatihah

Tahi bintang gugur dari udara dengan kelajuan 54 000 km sejam dan meletup


gambar hiasan
MOSCOW - Sekumpulan orang menyelam ke dasar sebuah tasik yang berais semalam untuk mencari serpihan sebutir tahi bintang yang jatuh ke bumi selepas meletup di udara sehingga mengakibatkan 1,200 penduduk cedera dan ribuan rumah musnah.





 

 Beberapa saintis Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan milik Amerika Syarikat menganggarkan jumlah tenaga yang dibebaskan akibat kesan perlanggaran dengan atmosfera itu adalah kira-kira 30 kali ganda daripada bom atom yang digugurkan di bandar Hiroshima, Jepun semasa Perang Dunia Kedua. 

Letupan tahi bintang seberat 10 tan itu telah menyebabkan sejumlah tingkap kaca lebih 4,000 buah bangunan pecah di wilayah itu. 


Gabenor wilayah berkenaan, Mikhail Yurevich menyatakan kerugian akibat letupan itu dianggarkan AS$33 juta (RM102 juta).

INFOMASI: Tahi bintang 

  Tahi bintang adalah ketulan batu dari angkasa yang masuk ke atmosfera bumi 
  Tahi bintang biasanya mencapai kelajuan 30,000 kilometer sejam 
 Tahi bintang yang lebih kecil biasanya lepasi atmosfera bumi lima hingga 10 kali setahun
 Tahi bintang besar yang jatuh ke bumi biasanya berlaku setiap lima tahun 
 Tahi bintang yang terakhir berlaku pada 2008 apabila ia meletup di Sudan tetapi tiada siapa cedera 
  Tahi bintang yang dijual mempunyai nilai sehingga AS$670 (RM2,010) satu gram 
 Bertanggungjawab atas kepupusan dinosaur 66 juta tahun lalu
  20,000 petugas kecemasan ditempatkan di kawasan kejadian untuk bantu penduduk

Tuesday, February 12, 2013

Gergasi pari sangkut dipukat

Gambar hiasan
PASIR PUTEH - Penduduk di sini gempar apabila dua remaja membawa pulang ikan pari seberat 150 kilogram yang tersangkut di pukat yang dipasang di Terusan Semerak berhampiran Tidal Gate Kulim, Gong Datuk dekat sini, semalam. 

 Ikan ‘pari batik’ atau nama saintifik himantura uarnak itu menarik perhatian penduduk yang rata-ratanya belum melihat ikan pari sebesar itu. Mohamad Azri Azmi, 20, berkata, kejadian itu disedari ketika dia bersama rakan, Nik Mohd Anaz Nik Mansor, 17, ke sungai untuk memungut hasil tangkapan jam 7.30 pagi semalam selepas memasang pukat jam 5 petang kelmarin. 

Himantura uarnak hidup dalam habitat pantai dan air payau serta banyak ditemui di antara Afrika Selatan hingga ke Australia itu boleh membesar sehingga dua meter lebar sementara ikan pari yang berjaya ditangkap Mohamad Azri semalam selebar 1.8 meter dan panjangnya tiga meter.

 Mengikut senarai merah International Union for the Conservation of Nature (IUCN), Himantura uarnak dari famili Dasyatidae itu diklasifikasikan sebagai haiwan hampir terancam. 

Sumber: sinarharian.com

Monday, February 11, 2013

RM407.9 hutang PTPTN dikira lupus

gambar hiasan
KUALA LUMPUR – Seramai 14,492 graduan cemerlang dikecualikan daripada membayar balik hutang pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) membabitkan nilai keseluruhan RM407.9 juta sejak tahun 2003.

 Jumlah itu termasuk kumpulan terbaru 1,300 graduan cemerlang yang dikecualikan daripada membayar pinjaman berjumlah RM32.9 juta sehingga bulan lepas. Ketua Eksekutif PTPTN, Agos Cholan menyatakan, pelupusan pinjaman tersebut membabitkan graduan yang telah berjaya mendapat ijazah sarjana muda kelas pertama atau setaraf dan sekarang ini sedang memproses permohonan kira-kira 800 lagi graduan untuk mendapatkan pengecualian tersebut. 

Banyak tu… hampir ½ bilion RM. 

sumber:  kosmo online