Wednesday, October 10, 2012

SISTEM SEKOLAH SATU SESI BERMULA...5-10 tahun akan datang





Gombak, 10 Oktober
Kerajaan akan melaksanakan sistem sekolah satu sesi dari lima ke 10 tahun dari sekarang, kata Tan Sri Muyiddin Yassin. Sehingga hari ini 20% dari 10,000 sekolah telah menggunakan sistem ini.

“Kita mempunyai guru yang cukup untuk sistem itu, tetapi kita perlu membina lebih banyak lagi sekolah.
“Sistem ini juga memerlukan waktu persekolahan yang lebih lama,” kata Muhyiddin lagi.

Beliau berkata, kementeriannya memerlukan lebih banyak peruntukan bagi menambah bilik darjah bagi memenuhi kemasukan pelajar yang semakin meningkat.

“Seperti di dalam blueprint (pelan pendidikan) yang kita dah keluarkan baru-baru ini, kita berharap dalam satu tempoh kita akan dapat buat sebahagian besarnya sudah jadi sekolah satu sesi, caranya dengan menambah bilik darjah.

“Apabila sudah ada sekolah satu sesi, kita akan dapat memberi fokus kepada pada matapelajaran Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris, seperti sekolah swasta.

“Buat masa sekarang ini, kita tidak boleh lakukannya kerana terdapat dua sesi dan sesi petang pula yang akan nak masuk,” katanya lagi.