Sunday, February 17, 2013

Tahi bintang gugur dari udara dengan kelajuan 54 000 km sejam dan meletup


gambar hiasan
MOSCOW - Sekumpulan orang menyelam ke dasar sebuah tasik yang berais semalam untuk mencari serpihan sebutir tahi bintang yang jatuh ke bumi selepas meletup di udara sehingga mengakibatkan 1,200 penduduk cedera dan ribuan rumah musnah.





 

 Beberapa saintis Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan milik Amerika Syarikat menganggarkan jumlah tenaga yang dibebaskan akibat kesan perlanggaran dengan atmosfera itu adalah kira-kira 30 kali ganda daripada bom atom yang digugurkan di bandar Hiroshima, Jepun semasa Perang Dunia Kedua. 

Letupan tahi bintang seberat 10 tan itu telah menyebabkan sejumlah tingkap kaca lebih 4,000 buah bangunan pecah di wilayah itu. 


Gabenor wilayah berkenaan, Mikhail Yurevich menyatakan kerugian akibat letupan itu dianggarkan AS$33 juta (RM102 juta).

INFOMASI: Tahi bintang 

  Tahi bintang adalah ketulan batu dari angkasa yang masuk ke atmosfera bumi 
  Tahi bintang biasanya mencapai kelajuan 30,000 kilometer sejam 
 Tahi bintang yang lebih kecil biasanya lepasi atmosfera bumi lima hingga 10 kali setahun
 Tahi bintang besar yang jatuh ke bumi biasanya berlaku setiap lima tahun 
 Tahi bintang yang terakhir berlaku pada 2008 apabila ia meletup di Sudan tetapi tiada siapa cedera 
  Tahi bintang yang dijual mempunyai nilai sehingga AS$670 (RM2,010) satu gram 
 Bertanggungjawab atas kepupusan dinosaur 66 juta tahun lalu
  20,000 petugas kecemasan ditempatkan di kawasan kejadian untuk bantu penduduk

No comments:

Post a Comment