Monday, January 21, 2013

RM1 seekor kambing


Johor Bahru: Sempena sambutan Maulidur Rasul Khamis ini, seorang penternak kambing menawarkan haiwan itu dengan harga RM1 seekor untuk bayi yang dilahirkan pada hari berkenaan di hospital kerajaan negeri ini.

Pengarah Urusan Osman Goat Farm, Osman Cheya Kutty berkata, tawaran itu terhad kepada 24 pasangan yang melahirkan anak di hospital awam seluruh Johor.

 Menurutnya, tujuan pihaknya berbuat demikian bagi meringankan beban ibu bapa beragama Islam yang ingin melakukan akikah.

“Saya memulakan perniagaan ini 20 tahun lalu dan ia antara perancangan untuk menghargai pelanggan menerusi cara unik.

“Saya mengambil peluang melakukan perkara baik ini sempena Maulidur Rasul tahun ini sempena memperingati hari kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW,” katanya.

Osman berasal dari Kangkar Tebrau, di sini, menawarkan kambing dengan harga RM1 kepada pasangan yang mengemukakan sijil kelahiran anak di pejabatnya di 38, Jalan Enau, Kangkar Tebrau, dalam tempoh sebulan.

No comments:

Post a Comment