Tuesday, January 1, 2013

Naik gaji mulai hari ini...Pekerja swasta naik gaji, minimum RM900

Lebih kurang 3 juta pekerja (termasuk pekerja asing) dalam pelbagai bidang akan menerima kenaikan gaji minimum mulai hari ini.

Setiausaha Majlis Perundingan Gaji Negara (MPGN), T Shanmugam memberitahu, sebelum ini 4,200 daripada 800,000 syarikat memohon penangguhan sementara bagi melaksanakan skim itu, bagaimanapun hanya 632 majikan diberi kelulusan. 

Mengikut Akta Perundingan Gaji Negara 2011, majikan yang gagal mematuhi Perintah Gaji Minimum boleh dikenakan denda maksimum RM10,000 setiap pekerja bagi kesalahan pertama, jika terus ingkar, denda RM1,000 setiap pekerja sehari, manakala bagi kesalahan kedua dan seterusnya denda maksimum RM20,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya.


Kadar gaji minimum yang ditetapkan ialah RM900 sebulan atau RM4.33 sejam di Semenanjung Malaysia, manakala RM800 sebulan atau RM3.85 sejam di Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan. 


Pengumuman gaji minimum itu dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 30 April dan diwartakan pada 16 Julai lalu, manakala kadarnya akan dikaji semula setiap dua tahun.


No comments:

Post a Comment