Monday, January 14, 2013

Tol Lebuhraya Kesas turun


Petaling Jaya - Menteri Kerja Raya Datuk Seri Shaziman Abu Mansor telah mengumumkan bahawa kadar tol di Lebuhraya Shah Alam (Kesas) diturunkan antara 10 sen dan 40 sen berkuatkuasa selepas tengah malam ini. Kadar tol untuk Kelasl 1 iaitu bagi kereta biasa diturunkan sebanyak 20 sen iaitu dari RM2.20 kepada RM2. Tidak akan dinaikkan sehingga tahun 2016.


 Bagi kenderaan Kelas 2 iaitu dua gandar atau enam tayar (kecuali bas) akan menikmati pengurangan tol sebanyak 30 sen (dari RM3.30 kepada RM3), Kelas 3 iaitu kenderaan 3 gandar atau lebih sebanyak 40 sen (dari RM4.40 kepada RM4), Kelas 4 iaitu teksi sebanyak 10 sen (dari RM1.10 kepada RM1) manakala Kelas 5 iaitu bas akan menikmati pengurangan 20 sen (dari RM1.70 kepada RM1.50). Lebuhraya Kesas sepanjang 34.5 km adalah lebuhraya ekspress perbandaran yang menghubungkan antara Sri Petaling di Kuala Lumpur dan Pandamaran di Klang. 

No comments:

Post a Comment