Monday, June 18, 2012

Polis Tumpas Kegiatan Bookie Bola Sepak Euro, Lumba Kuda Di JB


JOHOR BAHARU: Polis berjaya menumpaskan kegiatan bookie kejohanan Bola Sepak Eropah (Euro) 2012 dan lumba kuda serta ekor haram melibatkan nilai pertaruhan RM14 juta dalam empat serbuan di sekitar bandar raya ini sejak Khamis lepas sehingga Ahad.
Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata 10 lelaki termasuk dua rakyat Singapura ditahan dalam serbuan berasingan itu yang dilakukan hasil maklumat orang awam.
"Dalam serbuan pertama pada pukul 12.15 malam, di Taman Scientex dekat Pasir Gudang, Khamis lepas, polis berjaya menahan seorang lelaki berumur 36 tahun yang dipercayai terlibat dalam aktiviti bookie bola sepak Euro yang membabitkan nilai pertaruhan RM1.5 juta dalam masa seminggu lepas," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, di sini, Isnin.
Mohd Mokhtar berkata polis merampas komputer, modem, kalkulator, dua telefon bimbit serta dua helai kertas yang tercatat angka-angka judi bola sepak dalam serbuan itu dan lelaki berkenaan kini ditahan reman untuk siasatan.
Beliau berkata dalam serbuan kedua pada pukul 3 pagi di Taman Johor Jaya, Jumaat lepas pula, polis menahan enam lelaki berumur 37 hingga 51 tahun yang dipercayai terlibat dengan aktiviti yang sama yang juga membabitkan nilai pertaruhan RM1.5 juta dalam tempoh seminggu lepas. Sumber...

No comments:

Post a Comment