KUALA LUMPUR – Perbalahan antara dua penjual sayur warga Myanmar berhutang RM1,500 berakhir dengan salah seorang daripada mereka mati ditikam di Pasar Borong Selayang Lama di sini semalam.
![]() |
| Isteri Ali (dalam bulatan) tidak dapat menahan kesedihan ekoran kematian suaminya akibat dibunuh di Pasar Borong Selayang Lama, Kuala Lumpur semalam. |
Mangsa yang terbunuh hanya dikenali sebagai Ali, 26. Ali mati akibat ditikam di dada oleh rakannya selepas mereka berperang mulut selama kira-kira setengah jam.
Seorang saksi yang juga rakan mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Tham, 30-an berkata, pergaduhan itu bermula pada pukul 7.30 malam dipercayai angkara dendam lama berkaitan dengan persaingan perniagaan dan masalah wang yang dipinjam isteri suspek.
“Perang mulut yang berlangsung selama kira-kira setengah jam itu tidak disangka berakhir dengan Ali ditikam,” kata Tham yang juga merupakan warga Myanmar.
Sumber..
Sumber..

No comments:
Post a Comment